3 RAHSIA NAK ADA 6 ANGKA DALAM AKAUN SIMPANAN

Tip 1: Dapat sahaja gaji, terus asingkan untuk simpanan dan baru guna untuk berbelanja

Bila anda harus asingkan untuk wang simpanan? Ikuti formula di bawah:

10% – Simpanan
10% – Takaful
10% – Emergency fund
70% – Belanja

Simpanan biar 10% atau lebih, jangan sesekali kurangkan. Manakala, jika anda ingin berbelanja pastikan biar maksimum sebanyak 70%.

Kalau boleh kurangkan menjadi 50%-60% sebenarnya lebih baik.

 

Tip 2: Simpan duit di tempat yang susah untuk anda keluarkan

Sebenarnya taktik ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk anda yang jenis boros. Paling baik simpan duit di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Contohnya, Tabung Haji, ASB, dan Emas.

Oh ya, bercakap tentang emas pula, adakah anda tahu bahawa orang dulu-dulu tak simpan duit kertas. Namun, mereka simpan kekayaan mereka dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, emas ataupun rumah-rumah sewa.

Sebab menurut orang tua-tua, bila dapat duit, tukar duit ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah dan sebagainya. Sebab semua itu akan membuatkan anda kaya dan juga boleh menjana hasil daripada harta-harta yang ada.

“Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan”.

 

Tip 3: Tambahkan side income atau source of income

Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.

Mana tidaknya, abang jual burger tepi jalan pun mampu untuk menjana income ribuan ringgit, apatah lagi jika anda menjual barang kosmetik, perfume dan lain-lain.

Oleh itu, dari duit bisnes yang anda dapat bolehlah tambahkan simpanan. Apabila bisnes sedang mencanak naik, itu tandanya adalah waktu terbaik untuk simpan lebih banyak duit.