Dr Niki Shuhada Shukor

Dr. Niki Shuhada Shukor adalah seorang ‘Millionaire Coach’ & Pengarah di Premier Horizon Sdn Bhd. Beliau merupakan seorang ‘trainer’, pakar motivasi, mentor kewangan, ‘Group Agency Manager’ & ‘Mindpower’ Coach kepada pelbagai orang dari pelbagai latarbelakang. Beliau sering muncul dikaca TV, di radio, majalah & suratkhabar kerana kisah kejayaan beliau yang memberi Inspirasi & Kisah Kejayaan anak anak didik beliau.

Dengan lebih 23 tahun pengalaman, beliau mempunyai reputasi yang tinggi kerana minatnya yang amat mendalam dalam bidang latihan & pembangunan insan.

Dr Niki telah membantu institusi institusi kewangan, perbankan, insuran, takaful, syarikat syarikat pemasaran & usahawan usahawan untuk mencapai kejayaan.

Beliau telah dinobatkan sebagai ‘Transformation Coach Terbaik’ pada tahun 2017 & 2019 & merupakan sumber Inspirasi kepada ramai.

Beliau meneraju syarikat latihannya sendiri, selain dari menjadi pemimpin kepada lebih 6,000 orang konsultan didalam rangkaian pemasaran kewangan dari sebuah syarikat pengurusan kewangan terkemuka negara. Dari tahun 1998 hingga kini, pasukan beliau telah membawa masuk lebih dari RM2 bilion harta yang diuruskan dalam pelaburan amanah saham.

Beliau telah memenangi lebih dari 248 anugerah untuk Penjualan & Kepimpinan. Anugerah paling tinggi adalah Presiden Premier Club ( jualan tertinggi individu), GAM Terbaik untuk Jualan Kumpulan Tertinggi, CIMB Wealth Advisors Brand Ambassador, anugerah Master Builder Award & Lifetime Hall of Fame. Selain itu beliau juga memenangi Transformation Coach 2017 & 2019.

Beliau merupakan hos bersama untuk Bijak Wang Bersama Dr Niki setiap minggu selama 3 tahun di Radio Bernama 93.9FM. (2013-2015)

Dr Niki juga telah menerbitkan sebuah buku autobiografi yang bertajuk “Aspirations, Ambition and Achievement”.

Dr Niki boleh dihubungi untuk seminar offline & online Bijak Wang, Penjualan & Kepimpinan & untuk konsultansi kewangan kerana kepakaran beliau sebagai seorang Perunding Kewangan Shariah ( MFPC) dan juga untuk ‘Personal Mentoring’ kerana kepakaran beliau sebagai ‘Transformation Coach’ ( Bob Proctor & LWS Certification)

Antara majlis yang beliau telah dijemput bercakap ialah di:
1) JT Foxx Family Reunion, 1000 orang jutawan dunia di Orlando, Florida.
2) Konvensyen Bidadari Dunia, 3000 orang usahawan Islam di PICC , Putrajaya.
3) Konvensyen Ejen Insuran Hayat Bumiputera, 800 orang di PWTC, Kuala Lumpur.
4) Rahsia Pelajar Juara bersama Adi Putra, 6000 orang di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah & Johor Bahru.
5) Seminar Jihad Ekonomi dan Kewangan, 1000 orang di Kuala Lumpur.