3 PRINSIP UTAMA DALAM SALES

3 PRINSIP UTAMA DALAM SALES

WRITE DOWN YOUR SALES PLAN

Setiap sales/seller DIWAJIBKAN membuat sales plan (rencana penjualan).
Misalnya dlm seminggu minimal harus melakukan :
* berapa kali menelepon konsumen
* berapa kali bertemu konsumen
* berapa kali melakukan presentasi
* berapa banyak penambahan daftar nama baru
Hal ini sering dijumpai di sales asuransi,MLM dll.
 

BUILD A NETWORK

Sebuah LEAD (daftar nama calon konsumen baru) sangatlah penting bagi seorang tenaga penjual dan salah satu cara memperbanyak lead dengan mengikuti kegiatan seperti menghadiri seminar,bergabung dalam milis,gathering,semua ini sangat membantu utk memperluas Net Work anda.
 

FOCUS ON PARETO PRINCIPLE

Vilfredo Pareto mengemukakan Prinsip PARETO atau yg lebih dikenal dengan istilah hukum pareto asumsinya adalah “bahwa dalam total pendapatan anda apabila diperhatikan dgn seksama maka kontribusinya dari konsumen yg jumlahnya hanya sebesar 20% akan memberikan kontribusi sebesar 80% dari total pendaptan anda dan begitu jg sebaliknya”.
 
Pandangan Vilfredo Pareto sampai detik ini masih digunakan dalam hal investasi,sales dan marketing.
Jadi seorang seller harus lebih banyak menghabiskan waktu buat berbicara dgn konsumen yg mayoritas menghuni di kuadran 20% namun menyumbangkan 80% dr total pendapatan anda.
Contoh : dr 10 org mgkin cm 2 org yg rutin menggunakan produk anda.

Bagaimana Cara Menyediakan Penyata Pendapatan Dengan Mudah Untuk Bisnes Anda

Bagaimana Cara Menyediakan Penyata Pendapatan Dengan Mudah Untuk Bisnes Anda

Saya bukan graduasi akauntan cuma semasa bekerja dalam dunia korporat yang mana satu ketika dahulu bajet jabatan saya sediakan.

Bila berniaga sendiri, ramai jutawan usahawan Malaysia ketika itu adalah Chartered Accountant. Mereka pandai menguruskan hutang dan mencantikkan Penyata Kewangan.

Apabila kita serahkan 100% kepada akauntan, mereka akan buat secara teknikal. Penat juga bergaduh dengan akauntan bila report card tak keluar seperti yang kita hendak. Sedangkan dalam akaun pun usahawan kena kreatif.

Jadi saya ambil keputusan belajar. Untuk perniagaan sendiri. Pakai excel je pun. Nanti hujung tahun upahlah akauntan bertauliah susun semula akaun yang kita buat itu.

Bab paling seronok bila kena audit, audit tak tahu nak soal dan siasat apa. Semuanya dihujung jari kita. Hanya kongsi akaun dari kaca mata usahawan. Bukan dari sudut teknikal. Hendak belajar teknikal akaun, cari guru yang betul.

Saya fokus creative akaun je (statement ini petang nanti kena delete, akauntan marah). Hehehe

Kenapa hari ini saya buka cerita akaun?

Kerana dahulu kala, 3 tahun pertama berniaga. Saya cuma fokus jualan, jualan, jualan. Rupaya bila mahu mengumpul asset, hendak beli kereta, van, bangunan dan pelbagai, bank tak tengok pun jualan kita.

Mereka nak tengok Report Card kita. Penyata Kewangan itulah report card perniagaan. Hari ini hanya cerita Penyata Pendapatan – bab kecil dari Penyata Kewangan.

Sudah tahu jumlah jualan. Sudah tolak harga kos barang. Itu baru untung kasar. Sudah tahu untung kasar. Sudah tolak semua kos perniagaan. Itu baru untung bersih.

Andai untung bersih kita itu negatif. Itu disebut rugi bersih. Ini kita sebut Penyata Pendapatan. Gunanya untuk kita tahu perniagaan itu untung atau rugi.

Kos Jualan adalah kos belian atau pengeluaran barangan yang dijual. Juga disebut CoGs (Cost of Goods Sales). Kos Perniagaan adalah kos menguruskan perniagaan. Juga disebut Belanja Lain. (other expenses)

Kos Perniagaan meliputi 5 perkara utama. Kos pentadbiran, kos manusia, kos pemasaran, kos kewangan dan Cukai.

Untuk 2017, saya menyasarkan 40% COGS, 60% untung kasar. Dan 50% kos pentadbiran, 3% kos kontigensi serta 7% untung bersih. Tahun 2016? itu kasi akauntan buat. Kita fokus masa hadapan.

1. Kos Pentadbiran

Ia adalah segala kos untuk mentadbir perniagaan kita.

Untuk perniagaan saya, senarai dibawah adalah kos yang dikategorikan sebagai kos pentadbiran. Ada perbelanjaan yang jika dibuat, akan dikenakan cukai. Ada perbelanjaan yang dibuat mendapat pengecualian cukai.

Perkhidmatan (Audit, akauntan, consultant), upah pengarah, sewa ofis, sewa kilang, sewa stor, sewa kenderaan, sewa peralatan, belanja atas jalan (minyak, tol, parking), insuran, penyelenggaraan pejabat, alatan tulis, utilitiesroad tax.

Belanja diatas itu dikecualikan dari cukai, sementara senarai dibawah pula, akan dikenakan cukai. Renovationasset depreciation (susut nilai) dan disposal (lupus), denda dan penalti, duti stem, yuran company secretary dan tax agent.

Zakat pula, hanya dikecualikan cukai jika bayar 2.5%. Bayar lebih – lebih, kena cukai.

2. Kos Manusia atau Staf

Ia adalah segala kos untuk mentadbir pengurusan dan peningkatan staf (dan diri sendiri).

Untuk perniagaan saya, senarai dibawah adalah kos yang dikategorikan sebagai kos staf.

Perbelanjaan yang dibuat untuk staf selalunya akan mendapat pengecualian cukai. Untuk semakan terkini, boleh rujuk website LHDN atau minum kopi bersama tax agent.

Antara perbelanjaan untuk staf adalah upah gaji, bayaran caruman epf dan socso, rawatan sakit, uniform, latihan, bonus, makanan minuman di pantri termasuklah belanja makan dan bawa staf pergi bercuti.

Jika baca nota akaun sebelum ini, saya ada sebut bajet untuk Belanja Lain ini peruntukannya adalah 50%. Jumlah peruntukan bergantung kepada kita. Bisnes kita, kita lebih tahu.

Dan sajalah nak kongsi sikit. Sikit saja. Ini bab kreatiflah. Bab ini memang otai liat sikit nak kongsi sebab nanti kena berbalas pantun dengan LHDN pula kan.

Oleh kerana perbelanjaan staf ini banyak cukai boleh dikecualikan, (terutama training), maka dari 50% itu, saya ambil 20% untuk perbelanjaan staf. Dan baki 30% itu baru diagihkan kepada perbelanjaan lain.

Jadi lepas ini janganlah terperanjat bila minum kopi dengan otai, beriya iya mereka nak belanja. Dan lepas ini pergi minum kopi simpan resit ya. Boleh declare bawah perbelanjaan pemasaran. Boleh juga declare bawah perbelanjaan staf (training atau refreshment). Faham ke faham.

3. Kos Pemasaran

Kos ini adalah segala perbelanjaan pemasaran yang digunakan bagi tujuan meningkatkan jualan.

Ia termasuklah promosi dan menyerap segala diskaun dan potongan jualan yang dilakukan.

Pening? Contoh, jika harga jualan produk adalah RM100, dan kita beri potongan RM10. Kita ada pilihan samada hendak merekodkan harga jualan RM100 dan belanja pemasaran RM10, atau terus sahaja rekod harga jualan RM90.

Ini bergantung kepada jenis perniagaan yang kita buat. Bolehlah buat eksperimen mana satu yang lebih baik untuk report card kita.

Untuk pembelian tender, jika kita berjaya mendapat kerja tender tersebut. Perbelanjaan menyediakan tender (termasuk harga beli dokumen tender), boleh dikecualikan dari cukai.

Tetapi jika tender tidak berjaya? Potongan cukai akan dikenakan. Urm. Pandai pandailah ya disini.

Pada posting sebelum ini, saya sebut jika mengopi, boleh saja pilih untuk letak dibawah kos staf atau kos pemasaran.

Perbelanjaan liburan untuk pelanggan akan dikenakan cukai 50%. Bagitau aje. Jangan kata akak tak payung.

4. Kos Kewangan

Kos ini adalah segala belanja yang berkaitan dengan faedah pinjaman, caj – caj bank, gst, transaksi eft.

5. Cukai

Cukai pula adalah cukai yang perniagaan kita bayar untuk transaksi perniagaan tahun lepas. Contoh jika kita membayar cukai 2015 pada Jun 2016, maka jumlah itulah yang akan kelihatan pada bahagian cukai di sini.

Bila sudah dapat bajet tahunan. Barulah kita tahu berapa banyak jualan kita perlu adakan untuk tahun depan.

Dalam bahasa akaun, kita akan sebut suku pertama atau first quarter, itu merujuk pada 4 bulan pertama iaitu Jan hingga April.

Suku pertama, kedua, ketiga dan keempat ini adalah bajet short term dan Keseluruhan tahunan boleh disebut long term. Iya lah ada belanja kita cuma perlu buat setahun sekali, contoh road tax dan insuran kereta.

Sudah ada angka belanja. Susunlah pula angka jualan. Kemudian susun pula rancangan jualan bagaimana. Iya lah. Nak menjual di MAHA pun hanya setahun sekali kan.

Sekian sahaja cerita akaun untuk Penyata Pendapatan.

Selepas ini kita buat cerita Penyata Kewangan. Cerita bab hutang, aset, yang semasa, yang tetap, modal berbayar, sampai aliran tunai. Biar muntah hijau semua.

 

Tulisan asal : Mahanom Mohammad

7 Prinsip Disiplinkan Diri Menabung Wang Simpanan

7 Prinsip Disiplinkan Diri Menabung Wang Simpanan

Berdasarkan pemerhatian saya, ada beberapa prinsip penting yang diamalkan orang kaya-kaya dalam menyimpan kekayaan. Saya sendiri pun amalkan prinsip ni dan memang berkesan, alhamdulillah. Antaranya;

 

#1 – Potong at least 10% daripada income bulanan

Asingkan 10 % daripada gaji anda untuk dijadikan simpanan untuk dilupakan. Simpan dan lupa. Lupakan kewujudan duit itu. Jangan diingat-ingat lagi… Sampai satu masa, duit tu boleh dimanfaatkan untuk gandakan kekayaan melalui bisnes atau pelaburan.

 

#2 – Simpanan di tempat yang agak ‘susah’ dikeluarkan

Contohnya simpan di tempat yang tidak easy access macam Tabung Haji (tiada kad ATM) dan simpanan emas. Kalau simpan dalam Tabung Haji, jangan sekali-kali ambil kemudahan pengeluaran melalui ATM Bank Islam atau Bank Rakyat. Kalau mudah dikeluarkan, duit simpanan tu tak akan bertahan lama. Dan lagi baik kalau serahkan buku bank tu kepada mana-mana ahli waris yang amanah. Bila benar-benar terdesak jer baru mintak buku tu.

 

#3 – Mulakan simpanan  sekarang walaupun sedikit. 

Mulakan simpanan walaupun dengan duit syiling sekalipun. Tak kira berapa banyak pun jumlah yang kita mampu simpan setiap bulan, yang paling penting ialah memupuk TABIAT menyimpan. Dulu saya mula menyimpan cuma RM20 sebulan potong gaji masuk Tabung Haji.Pesan Azizi Ali, selagi anda tak menyimpan wang, selagi itulah anda tidak akan menjadi kaya!

 

#4 – Asingkan cepat-cepat bahagian simpanan sebaik sahaja dapat gaji atau terima hasil bisnes.

Keluarkan bahagian wang simpanan daripada dompet anda dan masukkan ke dalam tabung simpanan anda. Jangan tangguh-tangguh. Paling baik, buat potongan gaji supaya duit tu dapat ‘diselamatkan’ sebelum sampai ke tangan kita lagi. Selebihnya baru guna untuk belanja. Duit yang tak diasingkan sangat berisiko untuk dibelanjakan.

 

#5 – Letakkan matlamat simpanan at least 3 bulan pendapatan

Jika pendapatan anda sebulan adalah RM5k, jakan RM15K sebagai dana kecemasan. Lagi baik 6 bulan pendapatan. Dana kecemasan tu penting sebagai ‘buffer’ kalau hilang pekerjaan. Kalau anda plan nak berhenti kerja dan buat bisnes sendiri, mesti simpan at least setahun pendapatan sebagai backup. Kalau nak bebas kewangan, sasarkan simpanan at least RM1.2 juta! Nilai tu mampu menjana pendapatan tahunan yang cukup untuk tak perlu bekerja sepanjang hayat, insyaAllah.

 

#6 – Laburkan semula bila dapat keuntungan daripada simpanan.

Kalau dapat dividen, reinvest dividen tu supaya duit tu akan berganda. Kalau belanjakan setiap kali dapat dividen, nilai pokok tu sebenarnya susut setiap tahun dimakan inflasi. Nilai RM100,000 hari ni tak sama kuasa belinya pada 10 tahun akan datang.

 

#7 – Jangan jadikan takaful / insuran sebagai tempat untuk menyimpan wang.

Fahamkan ia bukan untuk tabungan, tapi ambil takaful betul-betul untuk dilindungi dengan pampasan atas musibah seperti kematian, hilang upaya, kos rawatan hospital, dan penyakit kritikal. Kalau simpan duit dalam takaful, anda rugi ‘wakalah fee’ yang bukan sedikit. Takaful bertujuan untuk perlindungan kewangan jika berlaku sebarang musibah. Ia bukan untuk simpanan. Simpanan dan perlindungan takaful adalah dua instrumen berbeza. Kita perlu adakan simpanan atas banyak tujuan yang tak boleh dilindungi oleh takaful contohnya; simpanan dana kecemasan (e.g. kereta rosak, kehilangan harta, hilang pekerjaan dsb), simpanan untuk memulakan bisnes, simpanan untuk pelaburan dsb.

 

Itulah 7 prinsip penting menyimpan wang. Mudah-mudahan dapat sama-sama kita amalkan, insyaAllah. Wallahu a’lam.

Wealth are acquired by 20% head knowledge and 80% behavior” – Zig Ziglar

3 CARA NAK PASTIKAN AKAUN ANDA ADA 6 ANGKA

3 RAHSIA NAK ADA 6 ANGKA DALAM AKAUN SIMPANAN

Tip 1: Dapat sahaja gaji, terus asingkan untuk simpanan dan baru guna untuk berbelanja

Bila anda harus asingkan untuk wang simpanan? Ikuti formula di bawah:

10% – Simpanan
10% – Takaful
10% – Emergency fund
70% – Belanja

Simpanan biar 10% atau lebih, jangan sesekali kurangkan. Manakala, jika anda ingin berbelanja pastikan biar maksimum sebanyak 70%.

Kalau boleh kurangkan menjadi 50%-60% sebenarnya lebih baik.

 

Tip 2: Simpan duit di tempat yang susah untuk anda keluarkan

Sebenarnya taktik ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk anda yang jenis boros. Paling baik simpan duit di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit. Contohnya, Tabung Haji, ASB, dan Emas.

Oh ya, bercakap tentang emas pula, adakah anda tahu bahawa orang dulu-dulu tak simpan duit kertas. Namun, mereka simpan kekayaan mereka dalam bentuk harta sebenar macam tanah kebun, emas ataupun rumah-rumah sewa.

Sebab menurut orang tua-tua, bila dapat duit, tukar duit ke dalam bentuk harta sebenar seperti emas, tanah dan sebagainya. Sebab semua itu akan membuatkan anda kaya dan juga boleh menjana hasil daripada harta-harta yang ada.

“Kalau berkerja, letak matlamat nak kumpul harta. Bukan sekadar cari makan”.

 

Tip 3: Tambahkan side income atau source of income

Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.

Mana tidaknya, abang jual burger tepi jalan pun mampu untuk menjana income ribuan ringgit, apatah lagi jika anda menjual barang kosmetik, perfume dan lain-lain.

Oleh itu, dari duit bisnes yang anda dapat bolehlah tambahkan simpanan. Apabila bisnes sedang mencanak naik, itu tandanya adalah waktu terbaik untuk simpan lebih banyak duit.